Sunday, 10 March 2013

PROGRAM BRIDGING

Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains


Assalammualaikum dan salam transformasi.
Sebagai pengenalan saya ingin nyatakan bahawa blog ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains selain matlamat asalnya sebagai penilaian bagi matapelajaran Teknologi Maklumat seperti yang ditawarkan dalam kursus ini.

Sebelum meneruskan lagi ke agenda selanjutnya,saya ingin menerangkan dengan ringkas tentang Universiti Teknologi Malaysia.
 


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Visi
Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia

Misi
Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara

Objektif
  1. Meluaskan peluang pendidikan untuk memakmurkan masyarakat umum
  2. Menerajui ilmu Sains & Teknologi
  3. Meningkatkan keberkesanan sumbangan ke arah pengkayaan negara
  4. Meningkatkan kecemerlangan pembangunan dan penggunaan Sains & Teknologi
  5. Memberi tumpuan dan pengukuhan dalam bidang pembuatan sesuai dengan keperluan negara
  6. Meningkatkan kualiti sumber manusia sejajar dengan keperluan negara, dan
  7. Meningkatkan prestasi pengurusan Universiti melalui budaya korporat 


Maklumat selanjutnya tentang UTM boleh diperolehi di sini


Kursus ini telah diteruskan lagi pada 29 Januari hingga 4 Mac 2013 bertempat di Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM, Utm Johor Bahru setelah para peserta menamatkan Tahap 1 Sesi 1 yang lalu dengan keputusan peperiksaan yang amat memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada peserta kursus.


5 matapelajaran telah ditawarkan iaitu :  

  1. Teknologi Maklumat (T0002) 
  2. Kimia (C0002)
  3. Fizik (P0002)
  4. Biologi (B0002)
  5. Geologi (E0002)  




Kursus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains

Objektif Kursus
  • Mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains C27
  • Menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan
  • Memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan   Penolong Pegawai Sains C27 melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) 




 

TEKNOLOGI MAKLUMAT


Dalam modul ini, peserta didedahkan dengan banyak pekara baru seperti Dropbox dan Cloud Computing.  Peserta turut didedahkan dengan cara penggunaan Dropbox  dan kebaikan serta keburukan penggunaan cloud computing.  Peserta juga didedahkan dengan Etika Profesional di alam maya. Melalui topik ini, peserta mempelajari etika-etika yang perlu dipraktikkan semasa melayari internet di mana ianya menekankan isu hak pemilikan dan hak cipta,keselamatan dari ancaman virus seperti trojan dan worm serta salah laku dan pengodaman laman web dari penggodam di alam maya.Pelajar turut didedahkan dengan penggunaan akaun google untuk membuka blog profesinal secara persendirian dan penggunaan akaun facebook,twitter dan email. Peserta di ajar untuk mengaitkan antara satu teknologi dengan teknologi lain seperti untuk memuat turun dokumen dalam bentuk link kedalam blog dari dropbox. Penilaian untuk subjek Teknologi Maklumat adalah berdasarkan tugasan yang perlu dihantar melalui penghasilan sebuah blog peribadi. 

 

 

KIMIA 




Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia inorganik, asa kimi fizik, asas kimia analisis dan asas kimia organik.  Asas kimia inorganik dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri.  Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kinetik gas, keadaan cecair, sifat cecair, keaaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keisomeran. Sesi kali ini kami didedahkan pula dengan 

  • Good Laboratory Practice
  • Introduction to 5s
  • Quality Management System
  • Safe Operating System
  • Hazard Identification, Risk Assesment and Rick Control (HIRAC)
  • MSDS

Amali
Laporan Amali KIMIA 







FIZIK


Kursus ini memperkenalkan konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, simbol dan unit SI.  Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas, kejituan, kepekaan, kepersisan, sisihan relatif dan ralat diperkenalkan. Disamping menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair, gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga dan momentum.





BIOLOGI


Pensyarah yang mengajar TEORI

Pensyarah yang mengajar AMALI

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan calon kepada pengetahuan biologi asas.  Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali.  Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan, fotosintesis dan respirasi, pengkhususan dan perkembangan sel, genetik pewarisan dan molekular serta genetik populasi. Pada sesi kali ini pula, tajuk yang dibincangkan adalah Mikroorganisma, Bakteria & Arkea . Nota lengkap sila rujuk di sini

Amali
Teknik Pengkulturan

Teknik Pengkulturan
Menjalani amali biologi di makmal Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan





GEOLOGI



Kursus ini memperkenalkan konsep batuan, mineral dan fosil, pembentukan tiga jenis batuan utama iaitu batuan igneus, batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan, pengnalpastian dan pengurusan inventori batuan. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan teknik menyediakan keratan nipis, gilapan mineral bijih dan arang batu. Nota lengkap sila rujuk di sini






Struktur Pemarkahan
Sistem Gred
Prestasi peserta dalam sesuatu mata pelajaran digambarkan oleh gred yang diperolehi. Hubungan antara markah, gred & mata nilai adalah seperti jadual di bawah:






Disiplin & Kehadiran
Peserta diwajibkan untuk hadir dan membuat pengesahan kehadiran untuk setiap sesi pengajian bagi setiap tahap & sesi yang dilaksanakan.  Mana-mana peserta  yang gagal hadir kurang dari 90% kehadiran akan dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Kursus.

Peserta juga diwajibkan untuk berpakaian pejabat dan berpakaian makmal sepanjang kuliah dilaksanakan dalam menjaga etika pemakaian seorang staf UTM mengikut AUKU 1971.

Ketepatan masa amat dipentingkan sepanjang kursus dilaksanakan.  

Akhir kata, semoga semua peserta dapat menjalani kursus ini hingga selesai  dan berjaya dengan cemerlang Insya Allah.
 
 





Sekian





 

No comments:

Post a Comment