Sunday, 10 March 2013

Laporan Lawatan Iskandar Malaysia Information Centre



Pada 30 Januari 2013,  Kumpulan Kursus Peralihan Pembantu Makmal (C17/C22/C26) ke Penolong Pegawai Sains telah mengadakan lawatan ke Pusat Informasi Iskandar Malaysia /Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC).Tujuan lawatan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam memberikan penerangan tentang sesuatu maklumat secara lebih kreatif. Kami bertolak dari Pusat Latihan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada jam 2.00 petang. Kedatangan kami di sambut mesra oleh staf-staf IMIC.


Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) yang bernilai kira-kira RM5 juta telah dibuka pada tahun 2010. Ianya ditubuhkan bagi meningkatkan lagi kefahaman awam serta pelabur mengenai pelan pembangunan Iskandar Malaysia. IMIC ini telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Pusat Konvensyen Danga Bay . IMIC yang mempunyai keluasan lebih 5,800 meter persegi dilengkapi panel skrin sesentuh interaktif dan kiosk maklumat, dijangka menerima 200,000 pengunjung setahun.


Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Encik Ismail Ibrahim, mengatakan bahawa  IMIC berperanan sebagai ruang interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. Kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi, badan kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia dipamerkan di pusat maklumat tersebut. IMIC kini menjadi forum semua pihak berkepentingan untuk memahami, belajar dan mengambil bahagian apa saja berkaitan Iskandar Malaysia,”
Iskandar Malaysia merupakan sebuah projek nasional ulung yang terletak di pintu masuk selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor. Wilayah Ekonomi ini bakal menjadi tumpuan kerana keunikannya menggabungkan gaya hidup, hiburan, persekitaran dan sosio ekonomi yang lebih sempurna seiring dengan kepesatan pembangunannya sebagai metropolis yang kukuh dan bertaraf antarabangsa.



Bersama rakan kursus dalam lawatan ke IMIC

a) Pengenalan Iskandar Malaysia

Wilayah Iskandar Malaysia telah direka bentuk khas untuk menarik para pelabur. Wilayah itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini, infrastruktur lengkap dan pusat perniagaan setempat untuk memastikan transaksi perniagaan lebih cepat, lancar dan mudah. Terletak di Negeri Johor, gerbang selatan Semenanjung Malaysia, antara kebaikkan pembangunan Iskandar Malaysia ini ialah :

  • Perjalanan hanya mengambil masa antara 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Taipei dan Tokyo.

  • Ianya terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.

  • Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut.

  • Dikelilingi 3 pelabuhan besar berdekatan iaitu Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Tanjung Langsat di Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Jurong di Singapura.   
 


b) Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) 

IMIC merupakan pusat informasi berkaitan dengan pembangunannya wilayah ekonomi Iskandar Malaysia yang telah mula beroperasi sejak tahun 2006.MIC yang menelan belanja lebih kurang RM5million, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu Melabur, Bekerja, Bermastautin and Beriadah. Ia juga dilengkapi dengan UniFi.Pusat informasi ini dibuka kepada umum setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.Ianya ditutup setiap hari Isnin dan Cuti Am 

Peranan utama IMIC adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia. Di IMIC, terdapat berbagai teknologi digunakan yang dipaparkan di pelbagai bentuk layar yang dipamerkan.Berkeluasan 19,057 kaki persegi, pusat maklumat ini dilengkapi dengan panel skrin sentuh interaktif dan kiosk maklumat. Terdapat bilik atau ruang di panggil 'Dome' yang berbentuk kubah dan sfera dan mempunyai paparan skrin.Secara keseluruhannya terdapat 28 panel atau 'console' di IMIC (dikawal automatik pada papan skrin ). Kanta cembung digunakan bagi penggunaan teknologi 3D. Di IMIC maklumat boleh didapati dengan menggunakan scaren sesentuh. Teknologi ini mudah menemukan suatu alat yang hanya perlu menyentuh pada layar secreen sahaja. Touchscreen merupakan sebuah paparan screen komputer yang biasanya digunakan untuk menampilkan informasi grafikal dan visual yang merupakan output dari sebuah komputer. Boleh dikatakan keseluruhan ruang pameran informasi di IMIC ini menggunakan kaedah touchscreen bagi mendapatkan maklumat.

 

  • Pusat ini akan menjadi sumber pengetahuan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk memenuhi jangkawan demografi umum berikut:

    i) Komuniti Tempatan
    Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan hasrat, kesan dan kemajuan daripada Iskandar Malaysia kepada kesejahteraan. 

    ii) Masyarakat Serantau
    Ini termasuk bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga pelawat dari negara-negara ASEAN yang lain. Mereka  boleh mendapatkan penerangan dan maklumat tentang kesan yang dibawa oleh ISKANDAR MALAYSIA di rantau ini dan bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertumbuhannya.

    iii) Pelabur
    Pihak yang berpotensi dan juga rakan strategik, mereka akan dimaklumkan mengenai skop dan keunikan Iskandar Malaysia dan peluang yang dibuka untuk perniagaan dan pelaburan Iskandar Malaysia.

    iv) Pelawat Antarabangsa
    Meliputi ekspatriat dan pelancongan asing, pusat ini perlu memfokuskan kepada mereka, aspirasi Iskamdar Malaysia sebagi pembangunan yang bertaraf dunia.

c) Taklimat dan penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam IMIC


Sebelum kami membuat lawatan ke ruang pameran IMIC, kami telah dibawa ke sebuah bilik yang selesa dan kami telah diberi penerangan oleh pegawai informasi IMIC iaitu En.Mohd Yusri. Beliau telah memberi penerangan dengan jelas berkaitan pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia yang mernagkumi tentang sejarah, kelebihan dan kebaikan dilaksanakan, pelaburan, kewangan, pertumbuhan ekonomi negara, GDP, Perkapita Pendudukn, pembangunan IT, taman tema Legoland, IRDA dan banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang dan akan dilaksanakan. Menurut beliau Wilayah Iskandar Malsyaia ini adalah termasuk salah satu lima wilayah pembangunan Koridor Ekonomi dibina Malysia semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Wilayah Koridor tersebut ialah Wilayah koridor Ekonomi Utara, , Wilayah Koridor Ekonomi Iskandar Malaysia, Wilayah Koridor Ekonomi Timur, Wilayah Koridor Ekonomi Sabah dan Wilayah Koridor Ekonomi Sarawak.

 Penerangan oleh Encik  Yusri bin Mohd Yusof
Peserta Program Bridging  mendengar taklimat dengan penuh minat

 

d) Lawatan di ruang pameran IMIC


Di Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) maklumat boleh didapati dengan menggunakan skrin sesentuh dan kebanyakan teknologi ini digunakan untuk telifon bimbit, komputer, television, moniter. Teknologi ini mudah menemukan suatu alat yang hanya perlu menyentuh pada monitor skrin sahaja. Skrin sesentuh merupakan sebuah paparan skrin komputer yang digunakan untuk menampilkan informasi grafikal dan visual yang merupakan output dari sebuah komputer. Pada zaman dahulu kala, skrin sesentuh juga digunakan, tetapi maklumat yang diberikan dengan menggunakan keypad dan kemudiannya akan diteruskan oleh program. Pada skrin sesentuh ini kita dapat memberikan maklumat dengan cara menyentuh layarnya dengan menggunakan jari sahaja. Boleh dikatakan keseluruhan ruang pameran informasi di IMIC ini menggunakan kaedah skrin sesentuh bagi mendapatkan sesuatu maklumat. Berikut adalah gambaran di ruang pameran IMIC :





Iskandar Malaysia akan menjadi wilayah pembangunan paling pesat di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan digabungkan untuk membentuk metropolis maju dan makmur.  Oleh kerana lokasinya yang strategik iaitu ia dapat menghubungkan laluan ke bandar raya di Asia, berhampiran dengan beberapa ekonomi dunia yang paling pesat berkembang dan penting dan pelbagai insentif fiskal yang  menarik, Iskandar Malaysia dijangka menarik banyak pelaburan daripada syarikat pelaburan asing dan syarikat pelaburan bertaraf tinggi kerana pelabur ingin mendapat manfaat daripada kelebihan-kelebihannya dan kadar peningkatan tinggi.

Terletak di 9 sumber penjana pertumbuhan ekonomi menjadikan Iskandar Malaysia kawasan tumpuan.9 sektor ekonomi yang difokuskan dibahagikan kepada 2 bahagian yang merangkumi sektor pembuatan dan perkhidmatan.Di dalam sektor Pembuatan, ianya merangkumi sektor Elektrik dan Elektronik,Oleo dan Petrokimia serta Makanan dan Pemprosesan Agro manakala di dalam sektor Perkhidmatan,ianya merangkumi sektor Perkhidmatan Kewangan,Pelancongan, Pendidikan,Logistik,Penjagaan Kesihatan dan Industri Kreatif.Iskandar meliputi 221,634 hektar (2,217 km persegi) kawasan tanah selatan- sebahagian daripada Johor. Wilayah pembangunan merangkumi kawasan lebih kurang 3 kali saiz Singapura dan 2 kali saiz Hong Kong. Iskandar meliputi seluruh daerah Johor Bahru (termasuk daerah dalam pulau), Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat dan Kukup Island dalam Mukim Ayer Masin, semua dalam daerah Pontian.Ini menjadikannya penyumbang 11% daripada ekonomi Negeri Johor.Dijangkakan sebanyak 3 juta penduduk akan berada di Iskandar Malaysia pada tahun 2025.Iskandar Malaysia merangkumi 5 Zon Ekonomi utama iaitu 
  • Bandar Johor Bahru
  • Nusajaya
  • Gerbang Pembangunan Barat
  • Gerbang Pembangunan Utara 
  •  Senai-Skudai




IRDA ialah Pusat badan berkanun ditubuhkan di bawah Iskandar Regional Development Authority Act 2007.
Objektif utama IRDA ialah untuk merealisasikan wawasan membangun Iskandar menjadi sebuah metropolis yang kuat dan mampan di kedudukan antarabangsa. Oleh sebab itu, tumpuan utama IRDA dan peranan-peranannya ialah:

  • Wujud dasar-dasar, arahan-arahan dan strategi-strategi yang mempunyai kesan langsung pada aktiviti-aktiviti pembangunan dalam Iskandar
  • Prestasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras oleh entiti-entiti Kerajaan dalam Iskandar
  • Mempromosi, merangsang dan memudahkan projek pembangunan dalam Iskandar.
  • Bertindak sebagai "one-stop centre" untuk menghadapi pelabur-pelabur dan memberikan respons kepada keperluan para pelabur dalam satu keadaan yang baik dan pada masa yang tepat.
Terdapat banyak pembangunan yang masih dalam perancangan yang akan memajukan lagi pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia yang dirancang sehingga tahun 2025.Salah satunya sektor yang cukup berpotensi tinggi ialah sektor pendidikan iaitu untuk menjadikan Wilayah Pembangunan Iskandar sebagai hub pendidikan terbesar di mana beberapa universiti terkemuka dan berprestij akan dibuka di kawasan berkenaan.




Enam servis berpangkalan sektor pernah dikenalpasti sebagai tiang-tiang baru memperkuatkan sektor-sektor ekonomi di rantau ini. Ini akan menyokong pencapaian pertumbuhan jangka panjang lebih besar dan kestabilan untuk ekonomi Iskandar. Enam disasarkan berasaskan perkhidmatan sektor (sebagai dikenal pasti dalam Pelan Pembangunan Komprehensif) ialah seperti berikut:

  • kreatif
  • pendidikan
  • penasihat kewangan dan berunding
  • penjagaan kesihatan
  • logistik
  • pelancongan
Daya usaha syarikat aktiviti yang berkelayakan dalam sektor di atas dengan Iskandar akan layak untuk memohon untuk IDR-status.Syarikat IDR-status ialah satu syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan diluluskan oleh MOF serta pemastautin Malaysia yang layak menjalankan satu ruas makbul dalam Iskandar untuk pelanggan yang terletak dalam ruas makbul dan di luar Malaysia atau seluruhnya untuk pelanggan-pelanggan di luar Malaysia.
 




 e) Teknologi IT yang digunakan di IMIC

 Terdapat 2 perisian utama yang digunakan di IMIC ini iaitu :-

1) NEXUS
    - Melalui teknologi Nexus ini,semua imej yang menggunakan LCD boleh digabung dan dikawal serentak

2) MATROUX
   - Berfungsi untuk skrin pecahan (monitor)
   - Digunakan untuk mengawal semua projektor di IMIC

Antara teknologi yang digunakan di IMIC ini ialah :

1) Teknologi monitor touchscreen  
  • terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu:
  1. Touch Sensor - sebuah lapisan penerima input dari luar monitor.
  2. Controller     - sebuah alatan yang digunakan untuk menghubungkan antara sensor                                 dengan komputer yang akan memproses sentuhan tersebut
  3. Software driver 

2)  Penggunaan LCD Projektor 3D
  • Paparan ini di lakukan oleh teknologi LCD dalam bentuk 3 dimensi dimana LCD tersebut diletakkan kanta cekung dan dibalikkan ke belakang. Hasilnya gambar yang dipancarkan akan berbentuk melengkung seperti sefera bumi (bulat)


Di IMIC ini juga disediakan alatan permainan berteknologi perkomputeran yang terkini berkaitan permainan (games) animasi pergerakan tangan tanpa wayar yang berhubung terus ke paparan skrin monitor. 


3)  Penggunaan Teknologi Bodymotion
Teknologi ini telah diaplikasikan si dalam permainan interaktif. Ia merupakan teknologi yang terbaru selain daripada teknologi skrin sesentuh. Cara pengendalianya adalah dengan mengesan pergerakan objek untuk memulakan permainan dan pengunjung yang ingin memainkannya perlulah bijak untuk mencari titik pengesan agar boleh dikesan oleh pengesan bodymotion tersebut. 

4) Penggunaan Teknologi Skrin Sesentuh

Teknologi ini telah diaplikasikan si dalam permainan interaktif. Ia merupakan teknologi yang terbaru selain daripada teknologi Skrin Sesentuh ialah sejenis teknologi yang membolehkan seseorang pengguna untuk memberi input kepada sistem terbabit. Terdapat beberapa jenis teknologi skrin sesentuh antaranya skrin sesentuh rintangan, kapasiti dan gelombang akuastik permukaan.



Teknologi skrin sesentuh yang digunakan di IMIC ini, para pengunjumg boleh mendapat maklumat tentang Iskandar Malaysia dengan cepat tanpa sebarang masalah. Ini kerana para pengunjung hnaya perlu menyentuh skrin menggunakan jaridan memilih topik yang ingin dilihat. Di IMIC ini juga terdapat banyak permainan menggunakan skrin sesentuh antaranya permainan "angry bird"
 

f)IRDA (Iskandar Regional Development Authority)
  • Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah ditubuhkan pada Februari 2007 di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007. Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Persekutuan, IRDAmemainkan peranan penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia.
  • Akta IRDA 2007 menggariskan fungsi serta tanggungjawabnya berhubungdengan menetapkan dasar kebangsaan, hala tuju dan strategi bagi pembangunan koridor ini.
  • Fungsi teras serta peranan utama IRDA iaitu
i) Perancangan :

-Mengintegrasi dan mengesyorkan dasar perancangan rakan niaga utama, Kerajaan Pusat serta agensi lain untuk memaju dan merealisasi wawasan Iskandar Malaysia
- Mengenalpasti dan merangka strategi bagi mempertingkatkan infrastruktur, kemahiran, penyelidikan sains dan teknologi demi pembangunan Iskandar Malaysia.

ii) Promosi :

- Mengurus jenama Iskandar Malaysia sebagai sebuah hab pelaburan
- Menyediakan khidmat nasihat serta maklumat tentang sokongan pelaburan di Iskandar Malaysia
- Melakukan promosi yang meluas bagi Iskandar Malaysia di kalangan orang awam dan para pelabur yang   berpotensi, baik di pasaran tempatan  mahu pun antarabangsa

iii) Pemudahcara :

- Memantau serta menjajarkan pembangunan sektor dengan pengupaya yang diperlukan agar seiring dengan Wawasan Iskandar Malaysia
- Bertindak sebagai ejen penyelaras utama bagi pihak agensi Kerajaan yang berkaitan untuk memproses dan mempercepatkan kelulusan yang diperlukan oleh para pelabur
- Membantu para pelabur sedia ada menyelesaikan isu-isu yang dihadapi dalam persekitaran perniagaan mereka.
  • Peranan IRDA dalam pembangunan sosial :
Selari dengan wawasan IRDA dalam mewujudkan “komuniti serba makmur dan harmoni yang disokong oleh perangkuman sosial dan agihan kemewahan saksama”, beberapa inisiatif pembangunan sosial telah dilaksanakan bagi mewujudkan hasil-hasil yang diinginkan seperti mobiliti sosioekonomi, agihan kemewahan saksama, komuniti penyayang, keharmonian bangsa dan kualiti kehidupan bagi kesemua rakyat Iskandar  Malaysia. Kesemua inisiatif ini berada di dalam bidang pembangunan modal insan, perangkuman ekonomi, perangkuman sosial, perumahan dan pembangunan ruang, jaminan keselamatan, dan alam sekitar.

g) Zon Ekonomi Utama Iskandar Malaysia

 5 zon ekonomi utama adalah direka khas sebagai tempat tumpuan untuk pembangunan Iskandar Malaysia. Zon-zon ini dijangka akan mengukuhkan kelompok ekonomi yang sedia ada serta mempelbagai dan membangunkan sektor-sektor yang membangun.


i) Zon Ekonomi Utama A : Bandar Johor Bahru

Bandaraya Johor Bahru adalah 'Pintu Masuk Selatan' Malaysia, menerima kedatangan 60% pelancong asing, dan merupakan destinasi percutian dan membeli-belah utama untuk negara jiran iaitu rakyat Singapura kerana perbandingan kos barangan dan perkhidmatan yang lebih rendah.

 Danga Bay di Johor Bahru

Kompleks CIQ Johor Bahru



Pusat Bandar Johor



ii) Zon Ekonomi Utama B : Nusajaya

Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama B adalah fokus kepada pembangunan campuran hartanah, pentadbiran persekutuan dan negeri serta pergudangan. Selain itu, Zon Ekonomi Utama B akan menjadi pusat pembuatan berteknologi tinggi, bioteknologi, kreatif, perubatan, pendidikan dan pelancongan. Zon Ekonomi Utama B menawarkan banyak peluang pelaburan kepada para pelabur untuk turut serta dalam pembangunan Iskandar Malaysia, samada dimulakan dengan pembangunan usahasama atau pembangunan plot-plot tanah di Nusajaya.

 Kota Iskandar, Nusajaya
 
Legoland, Nusajaya

Taman Tema Hello Kitty


 iii) Zon Ekonomi Utama C : Pintu Pembangunan Barat

Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama C adalah perkhidmatan pelabuhan dan marin, pergudangan, pusat logistik, kejuruteraan, pembuatan berteknologi tinggi, produk-produk makanan, petrokimia, perdagangan entrepot, Ibu pejabat wilayah, pusat-pusat perolehan serantau dan utiliti-utiliti (kuasa).

 Jalan Perhubungan Kedua ke Singapura

 Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor

 
Terminal Bahan Api


 iv) Zon Ekonomi Utama D : Pintu Pembangunan Timur

Aktiviti-aktiviti utama di Zon Ekonomi Utama D adalah fokus kepada industri-industri berat dan logistik termasuklah elektrik dan elektronik, kimia, oleokimia, industri berasaskan makanan dan kejuruteraan serta pelabuhan-pelabuhan dan logistik serta pergudangan. Zon Ekonomi Utama D lebih menumpukan kepada industri penapisan minyak palma dan aktiviti-aktiviti hilir di dunia.

 Pelabuhan Johor

 
Taman Perindustrian Pasir Gudang

 

v) Zon Ekonomi Utama E : Senai, Skudai
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Zon Ekonomi Utama E adalah perkhidmatan lapangan terbang, kejuruteraan, elektrik dan elektronik (E&E) dan pendidikan. Pada masa hadapan, Zon Ekonomi Utama E akan juga akan menjadi pusat untuk agro dan pemprosesan makanan, ICT serta pelancongan jualan runcit.

 Lapangan Terbang Sultan Ismail,  Johor

 Johor Premium Outlet

Universiti Teknologi Malaysia, Johor
  

CADANGAN
Dengan teknologi yang ada di IMIC,UTM boleh memanfatkan kelebihan ini bagi memperkenalkan dan mempertingkatkan lagi kualiti dan status UTM pada masyarakat umum.Melalui cara ini,maklumat tentang UTM dapat di akses oleh masyarakat luar dengan lebih meluas.Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh UTM bagi merealisasikan matlamat ini :- 
1) Idea bank 

  • Mewujudkan satu ruangan agar pihak luar dapat menyalurkan pendapat bagi meningkatkan mutu dan kualiti UTM sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan yang terunggul di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa.  Melalui cara ini, pelbagai idea dapat diperolehi bagi menaikkan taraf UTM bersesuaian dengan statusnya sebagai Universiti Penyelidikan. 
2) Menyediakan satu sudut khas bagi paparan skrin maya 3D di Danga Bay Convention Center.
  • Segala maklumat tentang UTM seperti visi,misi,sejarah penubuhan,sistem pembelajaran di kampus dan segala kemudahan pembelajaran yang disediakan di UTM boleh dimasukkan dalam paparan skrin ini. Gambar-gambar menarik pemandangan sekitar kampus boleh dimasukkan bagi menarik minat para pelawat untuk mengakses paparan skrin ini. Permainan dalam bentuk animasi boleh diwujudkan untuk meningkatkan lagi pengetahuan para pelawat mengenai UTM.  Memandangkan IMIC sering dikunjungi oleh para pelajar sekolah,ini merupakan medium yang sangat berkesan bagi menyampaikan maklumat berkaitan UTM.Ini akan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta kursus-kursus yang ditawarkan di UTM serta skop-skop kursus tersebut.Dengan itu secara tidak langsung,UTM dapat memupuk semangat baru dalam diri pelajar untuk belajar dengan lebih rajin demi merealisasikan cita-cita mereka ke menara gading.


KESIMPULAN
Daripada lawatan ini, para peserta  memperolehi banyak pengetahuan baru mengenai teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam ruang pekerjaan iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan maklumat terperinci tentang IMIC dan IRDA yang memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan pembangunan Iskandar Malaysia di masa akan datang untuk kepentingan generasi akan datang. Seperti yang Encik Yusri terangkan dalam sesi penerangan,sesungguhnya segala apa jua pembangunan samada yang sedang dilaksanakan atau yang akan dilaksanakan,bukan untuk kepentingan satu pihak sahaja.  Ia adalah untuk kepentingan semua pihak khasnya rakyat Malaysia. 
       

 Sekian





 

No comments:

Post a Comment